INGATLAH: Jangan khuatir jika anda bermimpi
ngeri. Mimpi-mimpi begitu biasanya hanya membesar-besarkan situasi yang anda
sedang alami atau sesuatu kejadian yang akan berlaku. Mimpi ngeri biasanya
mencerminkan sesuatu yang ada kena-mengena dengan situasi di masa lampau/masa
kini atau bakal kejadian tersebut akan terjadi. Malah oleh kerana anda sudah
ditunjukkan adanya situasi/kejadian yang negatif tersebut dalam mimpi anda maka
kesannya tidak akan menjadi begitu kuat bagi anda. Sudah tentu elemen kejutan
itu akan lebih kurang. Jadi janganlah anda risau jika mimpi ngeri anda itu
sangat menakutkan.
1. Anggota Keluarga
Menurut Islam :
Bermimpi mempunyai anak lelaki yang remaja bererti kemegahan dan
kekuatan bagi anda. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang
sudah dewasa bererti satu kebaikan yang akan datang.
Menurut Barat : Mimpi ini boleh baik atau buruk, tergantung pada
hubungan anda dengan keluarga. Bermimpi ayah bererti hal-hal berkaitan
dengan kuasa, bermimpi ibu bermakna hal-hal berkenaan dengan
perlindungan/perlindungan lampau, bermimpi adik-beradik bererti saingan,
bermimpi datuk-nenek bererti kebijaksanaan, bermimpi anak anda
melambangkan anda seperti anak atau hal-hal berkaitan dengan zaman
kanak-kanak anda.
Menurut Barat :
Air melambangkan emosi dan perasaan anda, di mimpi ia menggambarkan
hidup dan kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan,
sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak
dapat dikuasai, kolam terang menunjukkan permulaan baru, air berlumpur
atau pusaran air bererti masalah yang tidak diduga-duga.
Menurut Barat : Mimpi ini bererti kemakmuran besar dan keberkatan, walaupun tak beranak dalam hidup benar
4. ALLAH S.W.T.
Menurut Islam : Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berdiri di hadapan Allah S.W.T. dan Allah memandang kepadanya, maka mimpi itu merupakan mimpi rahmat jika yang bermimpi itu orang salih. Tetapi kalau yang bermimpi itu bukan orang salih, maka itu merupakan peringatan."
5. Bertelanjang
Menurut Islam : Bermimpi kehilangan sebahagian pakaiannya atau
barang-barang di rumah bermakna akan hilang sebahagian hartanya.
Bermimpi seolah-olah akan menanggalkan kasut bermakna anda akan berpisah
dengan isteri atau pembantu anda.
Menurut Barat : Mimpi ini bererti keadaan yang memalukan ataupun
anda berkhuatir membuat kesalahan lalu didedahkan. Jika ditangkap oleh
orang lain sebelum berpakaian sepenuhnya, bermakna anda belum
bersiap-siap sebagaimana mestinya.
6. Binatang
Menurut Islam : Bermimpi suara singa bererti takut kepada raja
yang zalim, bermimpi suara kuda bermakna anda akan mendapat pemberian
dari lelaki yang mulia, bermimpi suara kulit ular bererti menjauhkan
diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk
mengalahkannya, bermimpi percakapan burung bermakna baik dan ialah satu
petanda bahawa orang yang bermimpi bertambah mulia, bermimpi suara
kucing menunjukkan memalukan pembantu yang pencuri.
Menurut Barat : Bermimpi singa bererti hal-hal berkenaan dengan
keberanian, bermimpi kuda menunjukkan hal-hal berkenaan dengan kuasa,
bermimpi ular menunjukkan kesuburan, bermimpi binatang liar yang berlaga
bermakna pertengkaran di kalangan keluarga, percakapan burung bermakna
kebahagiaan, lebah berdengung-dengung bererti baik untuk perniagaan,
kucing berwarna hitam menandakan nasib baik.
7. Buaya
Menurut Barat : Anda akan ditipu oleh kawan anda. Musuh akan menyerang anda. Mimpi yang memberi amaran.
8. Darah
Menurut Islam :
Darah yang keluar dari hidung, jika ia banyak cair, bermakna harta yang
berpanjangan. Jika ia kental, bermakna keguguran kandungan (anak). Jika
dia lihat darah itu mengotori pakaiannya bermakna dia akan mendapat
harta yang tidak baik dan akan melakukan dosa. Jika darah itu tidak
mengotori pakaiannya bererti dia akan keluar dari dosanya (terampun
dosanya).
Menurut Barat : Bermimpi pakaian yang berdarah, bererti musuh
yang mencuba membinasakan kerjaya anda yang bermula berjaya. Melihat
darah yang mengeluar dari luka bermakna kebimbangan dan penyakit,
mahupun urusan niaga yang buruk dengan orang asing.
Menurut Islam : Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda akan berjumpa dengan musuh.
Menurut Barat : Ini adalah mimpi kebimbingan, kadang-kadang mimpi
ini ialah ketakutan benar bahawa akan diserang atau digertak. Secara
lambang, ia menunjukkan anda mencuba melepaskan diri dari situasi yang
susah ataupun anda tidak menghadapi hakikat.
10. Gigi
Menurut Islam : adapun gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga
lelaki. Maka gigi sebelah atas adalah keluarganya yang lelaki dan
sebelah bawah keluarga yang perempuan.
Gigi yang goyang: jika sebahagian gigi goyang, menunjukkan ada yang akan
berpenyakit. Gigi yang jatuh dan hilang menunjukkan kematian atau
hilang buat selama-lamanya.
Menurut Barat :
Gigi: hubungan tidak menyenangkan dengan penyakit atau orang yang membingungkan.
Gigi yang goyang: kegagalan dan khabar buruk.
Gigi yang hilang: kemalangan dengan tiba-tiba.
11. Laba-laba
Menurut Barat : Melihat labah-labah bermakna anda akan
berhati-hati, bekerja dengan rajin dan menemui sukses. Labah-labah yang
besar bermakna sukses yang cepat.Tapi kalau anda dikejar atau digigit
labah-labah tersebut bermakna masalah atau kesukaran dengan kejayaan
tersebut.
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat malaikat dalam tidur, jika malaikat
itu yang dikenal dan dalam keadaan bergembira, maka akan berlaku
sesuatu bagi orang yang bermimpi. Sesuatu yang dimaksudkan itu
termasuklah kemegahan, kekuatan, berita menggembirakan, mendapat
pertolongan setelah dizalimi, sembuh, setelah berpenyakit, tenteram
setelah dalam ketakutan, kaya setelah miskin, bergembira setelah
menderita, dapat menghajikan kawannya atau dia syahid dalam peperangan."
Menurut Islam : Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan
daripada perkara yang sangat besar. Melihat seolah-olah anda mati,
kemudian anda hidup lagi, bererti anda mempunyai dosa kemudian anda
bertaubat.
Menurut Barat : Melihat seolah-olah anda mati bererti anda
diancam oleh orang atau situasi yang sudah membantu anda terlebih
dahulu. Melihat mati dalam mimpi bererti nasib buruk dan dukacita bagi
anda dan kawan anda. Melihat seseorang mayat bermakna akhir situasi.
Melihat kawan yang mati boleh mengerti hanya anda akan meninggalkan
dia.
Menurut Islam : Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang
(yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang
menangisnya, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini
menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Sesiapa yang
bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta.
Menurut Barat : Kabar buruk perniagaan atau berkenaan dengan seorang yang tidak hadir.
15.Mengandung
Menurut Barat : Jika pemimpi tidak mengandung dalam hidup benar,
mimpi ini bererti kesedihan terhadap suami. Walaupun demikian, jika
pemimpi sebenarnya mengandung dalam hidup benar, bererti bersalin dengan
selamat.
16.Muhammad s.a.w.
Dari Sa'id bin Qais, dari ayahnya, katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak masuk neraka orang yang melihat aku dalam tidurnya."
17. Para Rasul
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Bermimpi melihat para nabi ada dua
kemungkinan. Mungkin merupakan khabar gembira dan mungkin juga suatu
peringatan. Pertama melihat hal atau keadaannya yang sebenar. Ini
menunjukkan orang yang bermimpi itu baik, sempurna, mulia dan menang
dari musuh-musuhnya. Kedua, melihat nabi tidak seperti keadaannya yang
sebenar. Misalnya dia melihat nabi dalam keadaan cemberut atau masam
mukanya. Ini menunjukkan buruknya keadaan orang yang bermimpi itu dan
bersangatan musibah yang diterimanya tetapi akhirnya Allah
melapangkannya. Kalau dia bermimpi melihat seolah-olah dia membunuh
nabi, itu menunjukkan bahawa dia tidak menunaikan amanah menyalahi
janji."
18.Syaitan
Sesiapa yang bermimpi diganggu syaitan bererti musuhnya menuduh
isterinya berzina atau mengganggunya. Kata satu pendapat mimpi seperti
itu menunjukkan orang yang bermimpi akan lepas daripada kesusahannya
atau sembuh dari penyakit
19. Terbang
Menurut Barat : Bermakna kejayaan, pencapaian dan prestasi. Menggambarkan harapan, hasrat dan cita-cita anda.
20.Terperangkap
Menurut barat : Mimpi ini mengucapkan kehampaan dan kekecewaan
anda dan kehilangan kuasa. Terperangkap di terowong atau tempat gelap
lain bermakna anda kekurangan maklumat yang sangat penting, jika anda
melihat jalan keluar atau sinaran, maka masalah anda akan dipecahkan.
21.Ular
Menurut Islam : bermakna menjauhkan diri dari musuh yang
menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika
bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika
perempuan akan lekas bersuami.
Menurut Barat :
Ular: Bermimpi ular bermakna kejahatan aneka ragam. Kalau anda membunuh
ular, anda akan mengalahkan musuh anda. Cara bagaimana anda memegang
ular menunjukkan bagaimana anda boleh menangani musuh anda. Kalau anda
menginjak ular, anda akan menakutkan penyakit, dan menakutkan seorang
(atau sesuatu) lain yang mencuba memikat pasangan anda.
Dipatuk ular: Dipatuk ular bermakna musuh yang melawan anda atau mengkritikkan anda.
Terpijak di atas ular: Terpijak ular bermakna anda selalunya menakutkan penyakit.
Banyak ular kecil: Ular kecil melambangkan kawan yang rupanya ramah tamah tetapi sebenarnya tidak berbaik-baik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar